Salam dan selamat sejahtera, Post kali ini saya ingin berkongsi pengalaman mengenai rawatan alternatif untuk mereka yang diserang stroke.Disebabkan saya bukan orang yang boleh menerangkan jenis dan tahap stroke yang dihidapi bapa saya jadi saya akan terangkan dengan apa yang saya lihat dan faham. Bermula dengan keadaan letih dan sering tidur,beliau juga kurang selera makan.Sesekali mengadu sakit kepala dibahagian tepi kepala.Sakit kepala teramat sangat bila timbul urat dibahagian tepi.Pada hari untuk pergi ke hospital beliau berasa amat sakit kepala,berpeluh-peluh,tiba dipintu beliau muntah.Apabila keputusan hospital keluar,beliau disahkan mengalami stroke akibat gula dalam darah tinggi.Mengikut doktor ada tiga sumbatan dalam urat.Seperti penghidap stroke,kesan pada beliau ialah agak lemah untuk berjalan dan mengimbang badan. Selepas keluar dari hospital kami disaran untuk mencuba rawatan HBOT atau Hyperbaric Oxygen Therapy. Apa yang lihat,beliau sangat bertenaga selepas menjalani rawa...
BLOG INFO DAN RAWATAN GERD,ANGIN MEDU DAN KERISAUAN MELAMPAU.