Skip to main content

ANXIETY : PENGALAMAN DAN PANDANGAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Untuk post kali saya ingin membincangkan pandangan saya mengenai kesan anxiety pada kehidupan harian.Dari apa yang saya lalui dan hasil perbualan,mesej dan bacaan di forum,fb,blog dan sebagainya,ramai sahabat AD mula mencari ubat atau penawar apabila simptomnya mula menganggu kehidupan sebenar penghidap contohnya bila mereka tidak dapat mengawal ketakutan,sering diserang,tidak mampu melakukan aktiviti harian seperti bekerja,bersantai,bergurau.Ini  boleh terjadi disebabkan penghidap tidak merasakan ianya sesuatu yang serius pada mulanya,penghidap merasakan ianya boleh diatasi dan boleh dikawal,ianya sesekali berlaku sehinggalah simptom-simptom yang besar kesannya berlaku seperti nadi terasa kuat,dada kerap rasa sakit,sering tercungap,tekak seperti dicekik,sentiasa terfikir sesuatu yang buruk.Akibatnya penghidap kurang keluar rumah,tidak gemar bergaul dengan teman,rasa gerun bila ditempat ramai,gemar tidur dari berjaga supaya tidak berfikir,badan asyik rasa lemah.Dan apa yang menambah deritanya bila keluarga dan sahabat tidak memahami situasi penghidap,doktor juga tidak faham (dari pandangan penghidap).Doktor akan berkata,badan anda tiada masalah pada mulanya sehinggalah doktor mengatakan,saya rasa anda mengalami simptom kebimbangan melampau@ anxiety disorder@panic attack.Saya sarankan encik berjumpa doktor psy......

Maka penghidap mula merasa impak atau kesan yang kuat kali pertama disebabkan AD ini.Ianya bergantung kepada tahap minda seseorang penghidap menerimanya,ada yang positif,ada yang negatif,ada yang terkedu,ada yang tidak percaya,ada yang tidak faham....
Maka bertambahlah episod serangan bercampur tekanan dalam hidup penghidap AD yang secara sedar ataupun tidak ianya datang dari perbualan juga bacaan.
"Jangan fikir bukan-bukan,
Itu semua mainan perasaan saja,
Cuba kawal perasaan tu,
kawal pernafasan tu,"

   Dari sumber internet,mereka akan membaca tentang simptom-simptom penyakit kronik seperti sakit jantung, strok,gastrik dan gangguan.Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada penghidap yang mereka mula terfikir dan berfikir yang mereka mengalami atau akan mengalaminya.Akhirnya apa yang mereka rasa ialah tekanan,serangan,tekanan,serangan.
  Kesan dari situasi sekeliling,penghidap mula sukar percaya yang mereka akan difahami,mereka juga sukar untuk percaya yang mereka difahami oleh penghidap lain.Benarkah begitu benarkah begini.Penghidap juga akan merasa sangat lega apabila dapat meluahkan rasa terbuku didalam kepala selama ini.Mereka akan sering membaca tentang cerita dan pengalaman rakan-rakan mereka didalam fb juga blog,mereka bagaikan ada dunia dan keluarga mereka sendiri.Ini kerana perasaan tewas apabila penghidap berubat atau berusaha memulihkan menemui jalan buntu atau tidak berkurangan.Percaya atau tidak,walaupon ianya lama berlanjutan masih ada orang terdekat mereka tidak memahami perasaan atau situasi penghidap.
Rasa sedih,rasa letih,tidak bermaya,mudah terasa,dipandang serong(perasaan penghidap) sering bermain dalam pemikiran penghidap AD.

   Sekali lagi saya nyatakan,saya menulis dari pengalaman dan pandangan saya juga informasi dari sahabat dan sumber bacaan.Saya berharap agar kita,ahli keluarga,sahabat
,teman sekerja atau serumah,jiran juga masyarakat agar lebih peka dengan permasalahan Anxiety ini mahupun penyakit-penyakit lain supaya dapat memahami dan meringan beban dari segi minda juga fizikal untuk mengharungi kehidupan yang bahagia.
Disebabkan itu saya amat teruja membantu mereka yang menghidap AD untuk memahami dan menyelesaikan masalah ini.Gembira dan syukur saya katakan,SAYA BEBAS ANXIETY.
Semoga anda mendapat manfaat dari blog saya yang tidak seberapa ini
atau anda mempunyai pandangan atau pertanyaan boleh hubungi saya: 



Terima kasih kerana membaca.
Bo

Link BZ WELLNESS.

Link blog

Comments

Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
Terbaik Tuan...Terima Kasih dengan segala tunjuk ajar..
Anonymous said…
Salam

Blog tuan amat membantu. Boleh saya tahu, berapa lama tuan mengalami AD dan sejak bila telah sembuh?
Bo said…
salam,
Terima kasih kerana membaca,ad selama 6 bulan,saya dah sembuh setahun lebih.
Unknown said…
Hi Assalamualaikum , saya sbenarnya student unisel . Sy dan kawan diberi tugas untuk mencari menghidap AD ni untuk tahu lebih lanjut & pengalaman mempunyai masalah AD . Boleh encik bantu sy ?

Popular posts from this blog

GASTRIK DAN GERD: SIMPTOM DAN RAWATAN

**sila skrol kebawah untuk mengetahui rawatan saya*** Simptom-simptom GASTRIK 1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen 2. Rasa senak, berangin atau pedih. 3. Rasa tidak selesa dan kembung 4. Sendawa berulang kali 5. Kerap kentut selepas makan 6. Rasa mual atau loya dan muntah 7. Berat badan turun (peringkat kronik) 8. Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah (peringkat kronik) 9. Hilang selera makan 10. Berat badan turun (pada peringkat teruk) RAWATAN GASTRIK Kaedah rawatan gastrik secara moden atau klinikal 1. Antasid – bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari. Kementerian Kesihatan mempunyai maklumat lanjut tentang antasid. 2. Antagonis H2 – berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis 3. Perencat pam proton (PPI) – bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya dibe...

TAKUT MAKAN CEMPEDAK..?

Tidak boleh makan cempedak sebab angin.? Serik nak makan sebab sakitnya yang tidak tertanggung.? Kini anda tidak perlu risau. InsyaAllah,kami yakin anda boleh nikmati semula kelazatan cempedak semula. Kami ada jalan penyelesaiannya. GAS OUT diperbuat dari 100% herba diyakini dapat membantu masalah angin yang menjadi penghalang dari menikmati makanan kegemaran anda. Hubungi kami di 0182758545