**sila skrol kebawah untuk mengetahui rawatan saya***
Simptom-simptom GASTRIK
1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen
2. Rasa senak, berangin atau pedih.
3. Rasa tidak selesa dan kembung
4. Sendawa berulang kali
5. Kerap kentut selepas makan
6. Rasa mual atau loya dan muntah
7. Berat badan turun (peringkat kronik)
8. Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah (peringkat kronik)
9. Hilang selera makan
10. Berat badan turun (pada peringkat teruk)
RAWATAN GASTRIK
Kaedah rawatan gastrik secara moden atau klinikal
1. Antasid – bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari. Kementerian Kesihatan mempunyai maklumat lanjut tentang antasid.
2. Antagonis H2 – berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis
3. Perencat pam proton (PPI) – bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut
Simptom-simptom serangan GERD adalah seperti:-
* Terdapat rasa tidak selesa pada ulu hati. Anda akan merasa panas pada bahagian dada, dari pembukaan perut naik ke bahagian leher dan tekak. Ketika ini berlaku, secara automatiknya anda akan mengusap dada dengan tangan.
* Cenderung untuk rasa mual. Pada peringkat ini, satu cecair berasid akan naik ke tekak dan rasa masam asid ini akan membuatkan anda mahu muntah.
* Sakit dada yang keterlaluan. Ia adalah umpama terdapat sengatan pada dada dan menyebabkan rasa sakit yang agak teruk.
* Kerap sendawa kerana angin yang ditolak dari perut ke kerongkong.
* Batuk berterusan yang menyebabkan anda kehilangan suara (serak).
* Rasa sebu perut kerana angin berkumpul di dalamnya.
RAWATAN GERD
1.ANTASID
Antasid adalah ubat pertama yang selalu dicadangkan untuk mengurangkan rasa pedih hulu hati dan simptom-simptom GERD yang lain.
2.PENYEKAT H2
Penyekat H2 (H2 Antagonist) seperti cimetidine, famotidine, nizatidine, dan ranitidine
Perencat pam proton (Proton Pump Inhibitor) termasuklah omeprazole, lansoprazole, pantoprazole, rabeprazole dan esomeprazole
4. PROKINETICS
Prokinetics membantu menguatkan sfinkter (pencerut) esofagus (LES) dan mengosongkan perut dengan lebih cepat. Ubat-ubatan ini termasuklah Itopride dan metoclopramide.
5. PEMBEDAHAN
Pembedahan merupakan satu pilihan apabila ubat dan perubahan yang dilakukan dalam cara kehidupan tidak membantu menangani simptom-simptom GERD. Pembedahan juga mungkin merupakan satu alternatif yang baik berbanding dengan ubat-ubatan dan ketidakselesaan yang dialami.
MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN
1)Makanan/ minuman berasid
Disarankan mengurangkan minum jus oren, air limau nipis atau air asam jawa. Memang ia kaya dengan vitamin C tetapi ia juga kaya dengan asid yang bakal buat dinding perut anda jadi nipis.
Pastikan apabila makan nasi, minumlah air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukannya makan berulamkan minum.
2) Makanan pedas
Ini bergantung kepada tahap ketahanan perut seseorang. Jika anda seorang yang tidak tahan pedas, anda harus elakkan dari makan makanan sebegini. Makan atas risiko sendiri ya!
3) Makanan yang ber 'angin'
Ada banyak jenis makanan berangin seperti kekacang, petai, jering, kerdas dan sewaktu dengannya. Jadi kurangkanlah makanan seperti di atas yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
4) Elakkan junk food
Makanan jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah serta mi segera.
5) Air bekarbonat/kafein
Jika teringin nak minum, pastikan perut kenyang dan tidak mengambil makanan/minuman lain yang diketahui menyumbang kepada gastrik.
6) Susu
Ada yang mengatakan bahawa susu akan membuat perut mereka lagi meragam. Jika benar elakkanlah!
Sumber diatas ini diambil dari internet mengenai simptom dan prosedur rawatan yang diberi oleh doktor.Saya ringkaskan kerana ianya bukanlah perkara yang ingin saya bincangkan.
***********
SOALANNYA.ADAKAH INGIN MENIKMATI SEMULA MAKANAN YANG ANDA SUKA TANPA PERLU BERPANTANG KETAT..?
Ya,rawatan dari 100% herba dengan cara penjagaan makan yang tidak membebankan.
Sila hubungi saya terus dengan menekan link ini
Comments