Salam,
Dalam menjawab persoalan diatas,hanya dua golongan yang akan terkesan iaitu penghidap dan perawat ( doktor dan sbg ).Untuk pembaca yang bukan dari golongan ini,boleh teruskan untuk menambah pengetahuan.
Bermula dengan sebab trauma terkesan dari mendapat sakit kronik,kemalangan atau kesan dari pengambilan ubat seperti tahan sakit dan pencair darah,kehidupan mula berubah apabila AD sering berfikir...terus berfikir,perkara kecil atau besar,yang baru atau lama,yang tersentuh dan yang terasa,yang gembira dan sedih.Ditahap ini AD tidak merasakan ianya pelik kerana semua orang berfikir dan tiada sebab untuk risau.Peringkat seterusnya,disebabkan selalu berfikir,AD mula sukar tidur waktu malam,masuk awal pon boleh tidur.Otak sentiasa bekerja sehingga tak dapat pejam mata.Bila ini berlarutan,badan mula merasa perubahan,badan jadi letih,kepala mula pening-pening,rasa melayang.Diikuti dengan gastrik,perut rasa kembung,senak,badan mula banyak angin,sendawa dan buang angin,adakala angin tak mahu keluar,rasa kembung tak tertahan.AD mula merasa perubahan dan rasa pelik apa yang berlaku,kenapa asyik fikir,tak boleh tidur,badan sakit-sakit,perut rasa semacam,asyik mimpi dan terbaru,susah nak bernafas..!!!
Bermulalah episod berfikir yang bukan-bukan,persoalan dan pencarian di Google.Kenapa dan apa simptom yang dialami,ini ke,itu ke,ok ke,kronik ke.Yang biasa AD baca dan terus rasa sejuk dan sesak nafas...bila terbaca artikel ' 100 TANDA-TANDA SEBELUM KE........'
Sesak nafas,menggeletar,sejuk tangan dan kaki....rasanya ini penghujungnya..
AD akan mencari artikel simptom dan akhirnya akan mendapati mereka mengalami anxiety disorder.Dicarinya group di Facebook dan whatsapp untuk berkongsi masalah yang dihidapi,ditanya berbagai soalan mengenai simptom yang dialami.Rasa lega bila tahu ramai yang ada masalah yang sama.Berbagai tip dan pandangan diterima AD dalam mengurangkan dan menyembuhkan sakit ini.Sesekali AD terkedu bila dapati simptomnya sama seperti sakit jantung dan kanser seperti rasa cucuk didada,sakit perut,senak,sakit dileher.Makin difikir makin kerap AD mendapat serangan.
AD mula mencari penawar atau ubat kerana merasa perlu buat sesuatu,ada yang kata jumpa doktor,ada kata lawan,ada kata biarkan,ada kata gangguan,ada yang pro ubat ada yang pro tak makan ubat,ada kata pantang itu ini dan macam-macam hingga AD rasa semak dan berkecamuk.
Biasanya kronologi dalam mencari penawar,AD akan cuba lawan kemudian pergi kerawatan islam,makanan tambahan,jumpa doktor dan akhir sekali alternatif.Masalah yang saya nak bincangkan ialah apabila AD setuju berjumpa doktor,biasanya ia sudah ditahap teruk bila didiagnos.Kenapa AD tak mahu jumpa doktor.? Kenapa AD tak jumpa doktor untuk follow up.? Antara jawapannya 'doktor pon faham apa yang saya rasa'.'Saya ni sakit tapi doktor tak percaya'.'betul ke doktor faham sakit saya ni' 'saya nak ubat ini tapi doktor tak bagi'.
Bagi yang telah berjaya sembuh alhamdulillah....tapi ada juga yang tidak,AD ditahap ini lebih membimbangkan,perasaan sedih,tertekan boleh membawa kepada kemurungan.AD lebih suka menjauhkan diri dari bersosial dan suka menyendiri,menangis menanyakan nasib diri.AD ditahap ini perlu diberi perhatian dari orang terdekat.Sokongan dari keluarga amat penting untuk meneruskan hidup yang sering dihantui dengan serangan panik dan anxiety.
Dari pengalaman merawat,AD mempunyai sikap ragu-ragu yang kuat untuk dikenalkan dengan ubat juga rawatan.Berbagai soalan akan ditanya dari simptom hingga sakit yang dirasai.Apabila AD percaya barulah mereka akan mendengar dan bersedia untuk berbincang.Untuk pengetahuan AD dan pembaca,apa yang berlaku semasa menghidap anxiety disorder seperti pemikiran,pandangan,percakapan yang kadangkala agak tak terkawal adalah benda diLUAR KAWALAN penghidap.
Dari itu, kepada AD yang ingin mencari penawar,jika anda rasa saya amat memahami situasi anda,sila hubungi saya di 0182758545 atau layari fb @rempahbo.
BO
Lejen:
AD - penghidap anxiety disorder
Comments