(DITULIS OLEH PENGHIDAP YANG TELAH KEMBALI NORMAL.PARA PEMBACA DIMINTA BERLAPANG DADA)
Salam sahabat,
Selalunya kita kenal dalam internet pasal anxiety bila kita taip simptom yang kita rasa..ya,ada berpuluh simptom ad yang pasti akan ada pada pencari...
Kemudian,cara rawatan.Lepas dah yakin yang dirinya ada sakit tersebut, ad (penghidap Anxiety) akan buka tab baru untuk cari rawatan atau penawar anxiety..
Kemudian,selepas pening,disebabkan banyaknya info,terbaca artikel tanda-tanda 'M' ,ad kena attack,selepas itu terbaca pula anxiety bukan sakit mental...ad kena attack lagi.....
Join group...akhirnya,skrol punya skrol terjumpalah link bertulis anxiety malaysia,anxiety gerd,anxiety community malaysia,tak kurang juga link kedaibo pengubat anxiety.!!
Sebenarnya,disinilah permulaan samada ad jadi bertambah baik ataupun buruk anxietynya.Ad memulakan intro pengenalan dengan rasa syukur dan rasa lega kerana dapat berjumpa rakan senasibnya.Ad tenang...lega...baca lagi....resah sikit....baca simptom sahabat..ish betul ke....baca lagi...boomm.!! Ad terus mengadu,bertanya dan bercerita tentang diri,panjang..detail..sedih..ngeri..seksa....ad lain kena attcak sebab tepatnya info yang diberikan.
stop dulu
Bahagian 2..
Disebabkan anxiety diperingkat awal agak kurang keras attacknya,ad masih dapat menanggung untuk meneruskan harinya.Bila teringat buka fb,whatsapp dan Google mendapatkan info atau bertanyakan soalan yang mungkin dah ditanya berpuluh kali oleh sahabat yang lain..!!
Baginya...simptom yang berlaku pada dirinya lain sikit dari orang lain....
-sama tapi saya teruk lagi..
-betul ke awak rasa apa yang saya rasa...
-saya tak fikir orang lain rasa apa yang saya rasa..
-DOKTOR PON TAK FAHAM SAYA...!!!!!!!( paling ulti )
Dalam mencari penyelesaian,berbagai pilihan yang akan ditemui.Antaranya kawal minda,makan supplemen,jumpa doktor psy,terima dengan hati terbuka dan akhir sekali alternatif.
Disini saya kongsi pengalaman saya dalam membantu rakan senasib.
-Dalam cara mengawal minda ad akan dilatih dan diajar teknik untuk mengawal perasaan dan cara menolak dari memikirkan hal anxiety.Teknik ini hanya memberi fokus pada minda dalam melawan anxiety.Ayat seperti 'jangan fikir-jangan layan-lawan je-cuba buat tak tau,nanti dia hilang lah-anxiety ni mainan minda je-anxiety not real' dan banyak lagi kata-kata perangsang yang diajar.Teknik ini boleh menjadi amalan yang lama bg ad walaupun simptom ada berlaku.
-Teknik makan supplemen ini biasanya diperoleh dari perkongsian rakan-rakan di group dan juga Google.Ad akan tertarik dengan perkataan penenang yang banyak ditulis pada produk-produk vitamin.Disebabkan proses pemulihan vitamin tidak datang sekelip mata,teknik ini hanya diamalkan dalam waktu pendek sahaja kerana harga supplemen agak tinggi dipasaran dan juga kapsul atau pil supplemen diambil dalam kuantiti yang banyak.
-Berjumpa doktor psikatri adalah antara perkara yang besar dalam hidup ad.Ianya terpaksa dilakukan setelah teknik-teknik diatas sudah tidak memberi kesan.Ia juga dil
akukan disebabkan galakkan dari rakan group.Sudah pasti ad akan menerima keputusan ujian anxeity teruk,depression teruk sebab ad diperingkat ini sememang sudah ditahap itu.Sebelum tidur malam pun ad sudah memikirkan hal esok..!!
Lega dan terima dengan keputusan itu,ad akan berkongsi hasil ujian dan ubatan yang diterima digroup fb dan whatsappnya.Dengan niat positif mungkin ada sahabat yang makan dan sembuh,ad mula mendapat komen dan feedback.Ya sama macam saya makan ubat tu..saya ok...ad lega,tenang..ubat tu buat saya pening la,attack lagi teruk..ad rasa tidak selesa,skip baca...makan ubat ni nanti ketagih.!! ad terdiam..sejuk,berdebar...dapat attack..
Apapun,ini antara jalan terbaik bagi ad dalam meneruskan kehidupan dan pekerjaannya agar tidak dipandang serong oleh majikan dan rakan sekerja.
Ada yang berhenti dari berjumpa doktor kerana merasakan teknik ini juga tidak memberi kesan.Cara ini juga agak lama dipraktikkan kerana mencari kesesuaian ubat kadangkala mengambil masa yang lama.
stop dulu
Bahagian 3
'Lagi anda faham,lagi anda tahu mengawalnya'.'Teknik ini adalah teknik yang paling banyak diajar dan dipraktikkan.Rasanya seluruh dunia mengajar teknik ini kerana mereka percaya yang anxiety adalah permainan minda.Sering saja cogankata teknik ini menulis 'anxiety:hanya mainan minda' 'anxiety not real' 'lawan anxiety jangan putus'.
Selain itu mereka juga mengajar teknik pemakanan,pernafasan dalam mengawal anxiety.Banyak artikel dari kumpulan ini menekankan pentingnya kuasa minda dalam melawan anxiety ini.Teknik ini juga sering menyatakan bahawa anxiety disorder ini perlu diterima oleh ad sebagai sebahagian dari hidupnya.Fahaminya,kenalinya anda tentu anda dapat hidup dengannya.Banyak sesi perbualan,perbincangan dan seminar diadakan dalam usaha membantu ad yang memilih teknik ini.
Teknik ini dilihat sebagai teknik paling lama dan paling berkesan dalam membantu ad diseluruh dunia buat msa ini,walau terpaksa berpantang dari segi pemakanan dan cara hidup seperti memilih makanan tertentu sahaja atau makan semua dan tanggung akibatnya atau menukar cara hidup dan pekerjaan yang sesuai dengan dirinya.
Walaubagaimanapun,ada yang terpaksa memilih cara lain apabila anxiety dan masalah perut mereka tidak dapat dikawal lagi.Hidup makin celaru,anti sosial,tidak dapat fokus,masalah perhubungan,kekeluargaan dan pekerjaan semakin meruncing.
Adapun teknik terakhir ini adalah teknik yang menggunakan hukum lojik dalam menyembuhkan semua penyakit.Sakit gigi rawat gigi,sakit tangan rawat tangan,sakit jantung rawat jantung dan mana-mana bahagian kita yang sakit,situlah bahagian yang kita rawat.Dalam menyembuhkan penyakit,sebenarnya kita terlalu fokus untuk cepat sembuh,sering saya ditanya,'encik dah sembuh' 'jadi encik ni dah 100% sembuh anxiety la' 'share la tip boleh sembuh anxiety'.
Soalan ini tidak menjadi kesalahan dari orang yang ingin pulih dari sakitnya,cuma saya ingin kongsi pandangan saya,soalan yang sebenarnya yang dicari ialah 'MACAM MANA SAYA HENDAK JADI NORMAL SEMULA?'
Normal maksudnya hidup seperti orang normal,makan seperti orang normal,bersosial seperti orang normal,berfikiran seperti orang normal.
Pada saya memilih hidup dengan pantang sedikit sebanyak memberi tekanan pada pesakit,dalam hal pantang kadang-kadang tiada ayat jamah.Bagaimana rasanya ditegur 'ini tidak boleh,itu tidak boleh'...
Jika anda tanya,perlukah merawat anxiety makan ubat? sudah pasti saya katakan ya..!!
Perlukah mengawal makanan semasa berubat? sudah pastilah ya.
Bagaimana ubat hendak bekerja jika pemakanan tidak dijaga?
Teknik ini saya hasilkan setelah mengkaji dan mencuba beberapa tahun dalam memastikan hasil dan kesannya.Rasa bersyukur apabila sahabat yang mencuba telah mendapat kehidupan yang cukuplah saya katakan NORMAL.Bersemangat menghadapi hari esok,ceria,berkeyakinan,tenang dan paling tersentuh ialah BAHAGIA semula.
Kesimpulan
Apapun teknik yang ingin dicuba dalam menyelesaikan masalah ini adalah pilihan anda sendiri.Yakin,sabar dan berterusan dengan apa yang dilakukan adalah kunci kejayaan.Jangan cepat putus asa dan cuba berfikiran positif jika ianya masih belum berhasil.Yang pastinya tiada kejayaan jika tidak berusaha.
TA MIM TA
BO
Comments