Skip to main content

MERAWAT ANXIETY : ANDA PILIH YANG MANA..?

Salam,


Coretan saya pada kali ini mengenai hasil pemerhatian saya dalam membantu sahabat yang mengalami anxiety untuk berubat.


Hasil pemerhatian saya dalam mencari penawar ad dan berkawan dengan sahabat yang menghidapnya,ada beberapa perkara saya ingin kongsikan mengenai cara mereka menghadapi ad dan cara merawatnya.


Ada dua golongan asas iaitu golongan makan ubat doktor dan tidak.


Golongan ini biasanya mereka yg biasa berjumpa doktor apabila merasa tak selesa atau sesuatu tidak normal pada diri mereka.Apa saja yang disaran oleh doktor akan ambil terima dengan hati terbuka.mereka merasakan ianya pilihan yang paling tepat dan tanpa perlu menerima atau menimbang pandangan sahabat lain.Mengikuti dan menjalankan apa yang telah aturkan untuk mereka.Biasanya golongan dari mereka yang bekerja dan mendapat rawatan yang lindungi oleh insuran company.

mereka juga lebih cenderung dengan pemahaman yang anxiety ini adalah hanya mainan minda.Mereka akan mengawal dengan memakan pil penenang untuk mengelakkan serangan.selain ubat,vitamin dan minuman kesihatan juga menjadi pilihan yang biasanya disyorkan oleh kawan-kawan.


Golongan kedua ini pula terbagi kepada beberapa kumpulan.pertama merawat dengan menggunakan vitamin dan produk kesihatan dan ada juga yang menggunakan bahan tradisional dari herba dan sebagainya.banyak produk vitamin yang menyatakan dapat memberi ketenangan pada minda dan juga dapat merawat masalah perut ini kerana kekurangan vitamin atau nutrien dalam makanan kita menyebabkan masalah minda dan perut kita berlaku.Perubatan berasaskan herba dan rempah ini sebenarnya tidak asing lagi kerana ianya telah diamalkan beribu tahun lamanya tetapi disebabkan penyediaannya dan bau yang mungkin ianya tidak menjadi pilihan pada penghidap.Di Malaysia,rawatan tradisional lebih kepada jalan terakhir dalam susunan merawat sesuatu penyakit.

Satu lagi cabang dalam golongan ini ialah tidak mengambil apa-apa bentuk segi makanan.Asas teknik ini ialah dengan mengawal minda dan berpantang makan.Golongan ini akan cuba memahami segala punca dan cara penyakit ini bekerja.Mendengar ceramah-ceramah dari penghidap yang telah sembuh diharap dapat memberi inspirasi kepada pendengar yang ingin sembuh.Mengikuti arahan dalam cara pengambilan makanan dan juga mengubah cara hidup yang bersesuaian akibat menghidapi anxiety ini.Golongan ini seringkali menyatakan bahawa tiada masalah untuk hidup bersama anxiety jika kita faham tentangnya dan tahu cara mengawalnya.

Untuk diri saya,saya memilih untuk mencuba semua cara diatas dalam usaha merawat masalah anxiety.Apa yang temui ialah bahan dari sumber semulajadi adalah yang terbaik dalam merawat anxiety dan GERD saya.Selepas tempoh rawatan,saya tidak perlu berpantang dalam memilih makanan dan tidak perlu mengubah cara hidup saya.Semuanya kembali normal,ianya seperti saya tidak pernah mengalaminya.

Kesimpulannya,merawat anxiety selain mengamalkan ubat ianya memang memerlukan sokongan dan bimbingan dari sahabat yang telah sembuh sepenuhnya yang tahu dan faham mengenai anxiety untuk menerangkan dan menjawab apabila diajukan berbagai soalan yang banyak dan selalu bermain dalam kepala penghidap.Agak mudah menyatakan yang penghidap memang tidak mahu berubah,tidak mahu berubat,lemah semangat tapi percayalah dari apa saya alami,anxiety memang mengubah dari cara berfikir hingga ke cara membuat keputusan.Ianya memang diluar kawalan penghidap.Sokongan dan perhatian dari orang terdekat memang sangat diperlukan supaya penghidap dapat keluar dari masalah ini segera.



BO








Comments

Popular posts from this blog

GASTRIK DAN GERD: SIMPTOM DAN RAWATAN

**sila skrol kebawah untuk mengetahui rawatan saya*** Simptom-simptom GASTRIK 1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen 2. Rasa senak, berangin atau pedih. 3. Rasa tidak selesa dan kembung 4. Sendawa berulang kali 5. Kerap kentut selepas makan 6. Rasa mual atau loya dan muntah 7. Berat badan turun (peringkat kronik) 8. Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah (peringkat kronik) 9. Hilang selera makan 10. Berat badan turun (pada peringkat teruk) RAWATAN GASTRIK Kaedah rawatan gastrik secara moden atau klinikal 1. Antasid – bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari. Kementerian Kesihatan mempunyai maklumat lanjut tentang antasid. 2. Antagonis H2 – berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis 3. Perencat pam proton (PPI) – bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya dibe...

KAITAN GASTRIK,GERD DAN ANXIETY DISORDER.

Salam, Pada pandangan saya,ANXIETY DISORDER(Anxiety ) ini adalah berpunca dari GERD. Ianya terjadi apabila gas yang naik keatas mengganggu sistem pernafasan.Gas yang terkumpul dikawasan tekak dimana simpang antara trakea dan esophagus terletak,akan mengganggu pengaliran udara yang masuk ke paru-paru.Akibat kekurangan oksigen ini akan mengakibatkan hypoxia.Simptom hypoxia antaranya boleh mengganggu pemikiran, mengubah tahap kesedaran, menyebabkan kemurungan,berdebar dan membangkitkan keresahan.Apabila proses ini berpanjangan ianya akan menyebabkan ANXIETY DISORDER. Dari itu,dengan merawat GERD secara total,kita sebenarnya secara tidak langsung kita merawat dan memulihkan Anxiety . Secara teorinya,apabila LES@sfinkter kembali normal,tiada lagi gas yang mengganggu pernafasan,tiada hypoxia dan tiada Anxiety. Maksud GERD:- GER berlaku apabila bahagian bawah sfinkter (pencerut) esofagus (LES) terbuka secara spontan beberapa kali atau tidak tertutup dengan betul, sehinggakan ...

KEKELIRUAN DALAM MENGENALPASTI SAKITJANTUNG,ANXIETY,GANGGUAN,GASTRIK DAN GERD.

Salam, Dibawah adalah tanda atau simptom setiap penyakit yang boleh didapati dalam internet dengan tujuan sebagai langkah awal dalam mengesan penyakit yang mungkin dihidapi.Walaubagaimanapun,terdapat beberapa simptom yang hampir sama untuk kita mengatakan sakit yang sebenarnya.Dari itu,jika anda merasakan satu-satu simptom,anda dinasihatkan berjumpa Doktor,pengamal perubatan atau mereka yang lebih arif dalam bidangnya. Anda juga boleh hubungi saya untuk berbincang lebih lanjut tentang permasalahan ini di 0182758545 . SIMPTOM SAKIT JANTUNG  Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit – berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan – Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan) Lidah terasa tegang dan pendek. Rasa se...