Skip to main content

CARA AWAL TANGANI ANXIETY DISORDER

Salam semua,

Semoga anda sihat sentiasa.
kali ini saya ingin memberi pandangan mengenai cara menangani atau mengesan masalah anxiety diperingkat awal.
Masalah bermula apabila rasa was-was datang dalam minda.Apabila badan rasa tidak selesa atau sakit dan SD merasakan sesuatu yang teruk akan berlaku.AD terus berjumpa doktor atau ke unit kecemasan dan mengatakan saya rasa jantung saya ada masalah...sakit,sesak nafas.Doktor akan menjalankan ecg dan keputusannya jantung normal dan cuma ada simptom gastrik.AD diberikan ubat angin.Rasa lega dan balik dengan tenang.seminggu rasa tenang.Tiba-tiba satu petang jantung berdebar,rasa sesak,kaki rasa sejuk,sekali lagi AD ke kecemasan lagi.Buat lagi ecg...keputusan normal.Lusa,rasa yang sama datang lagi,kecemasan lagi dan lagi dan lagi..
hinggalah doktor kata,encik mengalami simptom anxiety disorder dan saya akan aturkan appoinment dengan doktor psikiatri.

Anxiety disorder..?? Psikiatri..

Rata-rata inilah kali pertama AD mendengar ayat ini dalam hidupnya.AD terus cari en google dengan seribu soalan dalam kepalanya.Kenapa,mengapa akan bermain-main dalam mindanya.Google dibuka bukan untuk cari ubat tapi mencari kepastian,betulkah aku menghidap anxiety.
Selain mengapa dan kenapa,timbul satu lagi ayat iaitu TAPI...
KENAPA doktor kata jantung saya ok TAPI saya rasa ada masalah..
KENAPA doktor saya ada gastrik TAPI saya tak rasa saya ada.
KENAPA dalam internet kata begitu TAPI saya rasa begini..

AD tidak terus dapat terima yang mereka ada anxiety.Sikap ini yang membuat AD menangguhkan atau melengah untuk mendapatkan rawatan.Amat sinonim dengan membuat ECG beberapa kali,ada yang 5 kali,10 kali malah ada yang lebih..!! Sehinggalah satu tahap yang AD tidak tertanggung lagi,barulah AD terima yang dia perlu mendapatkan rawatan.
Berjumpa doktor dalam keadaan sangat tertekan lagi merumitkan proses perubatan.Baik dari segi perubatan hospital atau tradisional,AD biasanya mengharapkan sesuatu yang cepat dan berkesan.

Sebaiknya dan yang sepatutnya,mereka yang mengalami simptom anxiety disorder seperti yang banyak terdapat dalam internet mendapatkan rawatan baik dari cara hospital atau tradisional.

Anda boleh hubungi saya di 0182758545 untuk berbincang atau info rawatan.

BO

Comments

Popular posts from this blog

GASTRIK DAN GERD: SIMPTOM DAN RAWATAN

**sila skrol kebawah untuk mengetahui rawatan saya*** Simptom-simptom GASTRIK 1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen 2. Rasa senak, berangin atau pedih. 3. Rasa tidak selesa dan kembung 4. Sendawa berulang kali 5. Kerap kentut selepas makan 6. Rasa mual atau loya dan muntah 7. Berat badan turun (peringkat kronik) 8. Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah (peringkat kronik) 9. Hilang selera makan 10. Berat badan turun (pada peringkat teruk) RAWATAN GASTRIK Kaedah rawatan gastrik secara moden atau klinikal 1. Antasid – bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari. Kementerian Kesihatan mempunyai maklumat lanjut tentang antasid. 2. Antagonis H2 – berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis 3. Perencat pam proton (PPI) – bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya dibe...

TAKUT MAKAN CEMPEDAK..?

Tidak boleh makan cempedak sebab angin.? Serik nak makan sebab sakitnya yang tidak tertanggung.? Kini anda tidak perlu risau. InsyaAllah,kami yakin anda boleh nikmati semula kelazatan cempedak semula. Kami ada jalan penyelesaiannya. GAS OUT diperbuat dari 100% herba diyakini dapat membantu masalah angin yang menjadi penghalang dari menikmati makanan kegemaran anda. Hubungi kami di 0182758545

ANXIETY : PENGALAMAN DAN PANDANGAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Untuk post kali saya ingin membincangkan pandangan saya mengenai kesan anxiety pada kehidupan harian.Dari apa yang saya lalui dan hasil perbualan,mesej dan bacaan di forum,fb,blog dan sebagainya,ramai sahabat AD mula mencari ubat atau penawar apabila simptomnya mula menganggu kehidupan sebenar penghidap contohnya bila mereka tidak dapat mengawal ketakutan,sering diserang,tidak mampu melakukan aktiviti harian seperti bekerja,bersantai,bergurau.Ini  boleh terjadi disebabkan penghidap tidak merasakan ianya sesuatu yang serius pada mulanya,penghidap merasakan ianya boleh diatasi dan boleh dikawal,ianya sesekali berlaku sehinggalah simptom-simptom yang besar kesannya berlaku seperti nadi terasa kuat,dada kerap rasa sakit,sering tercungap,tekak seperti dicekik,sentiasa terfikir sesuatu yang buruk.Akibatnya penghidap kurang keluar rumah,tidak gemar bergaul dengan teman,rasa gerun bila ditempat ramai,gemar tidur dari berjaga supaya tidak berfikir,b...