Salam,
Kali ini saya ingin kongsikan simptom penyakit yang boleh membuatkan kita keliru.Ianya sering membuatkan penghidap anxiety tertanya-tanya benarkah mereka tidak mengalami masalah jantung,padahal rasa sakit dibahagian kiri dan sengal ditangan masih dirasai.Walaupun telah menjalani pemeriksaan ECG,penghidap masih tidak berpuas hati.Perasaan ini terjadi apabila simptom anxiety disorder mula menular pada diri AD (penghidap anxiety disorder)iaitu rasa was-was dan sukar untuk menerima kenyataan walau sudah berkali-kali berjumpa doktor.
Pada pandangan saya,kesan GERD atau gastrik yang ada pada AD menambah kekeliruan dalam menerima keadaan dirinya.AD sering merasakan dirinya mengalami sakit kronik dan memerlukan rawatan yang sepatutnya,tetapi amat biasa AD merasakan dirinya telah tersalah didiagnos dan doktor mengatakan mereka hanya mengalami gastrik,GERD atau angin dalam perut.Ini kerana AD sering melayari internet mencari simptom yang terjadi pada dirinya ditambah dengan pemikiran negatif yang menyatakan mereka mungkin ada sakit jantung,strok dan sebagainya.
Tidak dinafikan sememangnya ada persamaan dalam simptomnya seperti
-sesak nafas
-cepat letih,mengah,tidak larat
-sakit dibahagian dada seperti dicucuk
-rasa tidak selesa dibahagian kerongkong,leher dan bahu
-rasa bimbang,resah,risau
-sering atau mudah bermimpi
Dari pengalaman saya,sebenarnya simptom dari setiap penyakit ini nyata bezanya.Masalahnya ianya tidak dapat dinyatakan dengan tepat melalui perkataan.Ia ditulis secara general tentang rasa dibahagian tersebut contohnya sakit dibahagian dada.Simptom untuk sakit jantung dan GERD ada dinyatakan rasa sakit dibahagian itu tapi bagaimana sakit itu tidak dapat dipastikan kerana sudah pasti ianya kali pertama dirasai oleh AD ataupun pesakit jantung.Maksud saya dengan membaca simptom kita tidak boleh meyakini kita telah menghidapnya.Cara yang terbaik ialah berjumpa dan berbincang dengan doktor mengenai apa yang kita rasa.
Dibawah adalah simptom penyakit yang diambil dari internet dan bagi ayat yang bergaris merujuk kepada apa yang telah saya alami.
SIMPTOM SAKIT JANTUNG
- Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit – berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
- Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan – Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)
- Lidah terasa tegang dan pendek.
- Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
- Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) – biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
- Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang
- Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh atau rasa pedih seperti dihiris.
- Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
- Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
- Rasa keletihan sepanjang masa.
- Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
- Degupan jantung tidak menentu.
- Nafas terasa pendek.
- Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
- Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
- Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.
SIMPTOM GASTRIK
1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen
2. Rasa senak, berangin atau pedih.
3. Rasa tidak selesa dan kembung
4. Sendawa berulang kali
5. Kerap kentut selepas makan
6. Rasa mual atau loya dan muntah
7. Berat badan turun (peringkat kronik)
8. Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah (peringkat kronik)
9. Hilang selera makan
10. Berat badan turun (pada peringkat teruk)
SIMPTOM GERD
1.Pedih hulu hati
2.Ketidakselesaan/rasa pedih di dada yg menular naik ke kerongkong
3.rasa masam/pahit di dlm mulut
4.Sakit atau rasa tidak selesa di dada
5.Sakit di bahagian abdomen
6.Rasa tidak puas semasa bernafas
7.Kembung perut
8.Kesukaran utk menelan
9.Batuk yg berterusan
10.Tidur yg terganggu kadangkala disebabkan tersedak
11.Suara serak/sakit tekak yg berterusan
12.Sendawa
Anda boleh hubungi saya di 0182758545 untuk berbincang atau mengetahui cara rawatan saya.
BO
Comments